Monday, April 28, 2008

Susu Ibu Adalah Yang Terbaik!

Artikel diambil drpd www.susuibu.com

Kajian ini baru sahaja di buat dan diterbitkan artikelnya pada Oktober, 2004. Cadangan dan kaedah penyimpanan susu bagi ibu bekerja pula telah lama wujud sebelum kajian ini dibuat. Itulah sebabnya terdapat sedikit percanggahan maklumat di dalam perkara ini.

Sebagai jalan tengah kepada permasalahan ini, SusuIbu.com mencadangkan kepada ibu-ibu bekerja supaya mengekalkan cara dan kaedah penyimpanan susu semasa di dalam pantang sebagai persediaan untuk kembali bekerja. Walau bagaimanapun, untuk memastikan bayi mendapat khasiat pada tahap maksimum semasa pengambilan susu perahan setiap hari, puan bolehlah menyimpan sebahagian besar dari kumpulan susu puan di bahagian sejuk sahaja dan simpan sedikit di bahagian beku. Dengan itu, pada keesokan harinya, pastikan anak puan mendapat sebahagian besar koleksi susu segar dan hanya bahagian kecil saja dari simpanan yang agak lama.

Contohnya begini, katakan puan telah menyimpan sebanyak 10 botol di bahagian beku. Setiap hari puan berjaya mengumpul 4 botol susu semasa bekerja. Apabila pulang ke rumah, simpan 3 dari susu perahan baru itu di bahagian sejuk (bawah peti ais) untuk kegunaan esok hari dan satu botol lagi ke dalam bahagian beku sebagai simpanan jangka panjang. Sebagai ganti, keluarkan susu yang bertarikh paling lama dari bahagian beku ke bahagian bawah peti ais untuk dicairkan untuk kegunaan esok hari. Oleh itu sebagai bekalan esok haro, anak puan akan menikmati 3 botol susu segar dan hanya satu botol dair koleksi yang agak lama, namun ianya masih cukup berkhasiat. Dengan cara ini, puan dapat mengekalkan khasiat dan kandungan antioksidant di dalam bekalan susu kepada anak puan.

Diharap kaedah ini dapat dicuba dan memberi manfaat kepada puan dan anak puan serta ibu-ibu bekerja yang lain.

No comments:

Lilypie - Personal pictureLilypie Angel and Memorial tickers Lilypie 5th Birthday PicLilypie 5th Birthday Ticker Lilypie 1st Birthday PicLilypie 1st Birthday Ticker Lilypie - Personal pictureLilypie Angel and Memorial tickers