Tuesday, April 29, 2008

Cuba, try & test

Petikan dari irfankhairi.net

Perniagaan Internet, ianya adalah satu strategi untuk sering cuba, try & test teknik-teknik tertentu.

Oleh kerana perniagaan Internet, anda blh membuat perubahan dan keputusan dengan mudah dan cepat, ia adalah platform yang sempurna untuk cuba, try & test

  • Apakah harga terbaik untuk produk anda? Cuba, try & test harga RM10… RM15… RM20… RM30… dan sebagainya.
  • Adakah isi kandungan (salesletter) laman web anda sudah terbaik? Cuba, try & test ubahkan headline… ubahkan USP… ubahkan manfaat produk… ubahkan call to action… ubahkan free gift dan sebagainya.
  • Adakah sasaran pasaran (target market) perniagaan Internet anda adalah terbaik? Cuba, try & test ubah sasaran pasaran anda dari student sahaja… atau kepada suri rumah… atau mereka yang profesional… atau pemilik perniagaan… atau mana sahaja pasaran yang baru.

Perubahan pada laman web anda boleh dilakukan secara segera. Oleh itu, perniagaan Internet adalah platform terbaik untuk anda cuba, try & test dan kemudian pilih, yang mana satu memberi pulangan terbaik untuk perniagaan Internet anda.

Petua banyakkan penghasilan susu

Photobucket

Stok susu ibu disejuk bekukan khas utk baby Danial :D

Petua dr susuibu.com

Petua banyakkan penghasilan susu, boleh:
1)Makan Kurma/ minum jus kurma
2)Minum
air longan
3)Minum air rebusan
halba/masukkan halba dalam masakkan.
4)Makan ulam
pegaga/minum jus pegaga
5)Makan sayur
sawi
6)Makan sayur
kobis.
7)Banyakkan minum
air masak
8)Banyakkan ambil makanan/minuman
berkalsium
9)
Jangan “stress”
10)M
engurut.

Selamat mencuba!

Monday, April 28, 2008

Susu Ibu Adalah Yang Terbaik!

Artikel diambil drpd www.susuibu.com

Kajian ini baru sahaja di buat dan diterbitkan artikelnya pada Oktober, 2004. Cadangan dan kaedah penyimpanan susu bagi ibu bekerja pula telah lama wujud sebelum kajian ini dibuat. Itulah sebabnya terdapat sedikit percanggahan maklumat di dalam perkara ini.

Sebagai jalan tengah kepada permasalahan ini, SusuIbu.com mencadangkan kepada ibu-ibu bekerja supaya mengekalkan cara dan kaedah penyimpanan susu semasa di dalam pantang sebagai persediaan untuk kembali bekerja. Walau bagaimanapun, untuk memastikan bayi mendapat khasiat pada tahap maksimum semasa pengambilan susu perahan setiap hari, puan bolehlah menyimpan sebahagian besar dari kumpulan susu puan di bahagian sejuk sahaja dan simpan sedikit di bahagian beku. Dengan itu, pada keesokan harinya, pastikan anak puan mendapat sebahagian besar koleksi susu segar dan hanya bahagian kecil saja dari simpanan yang agak lama.

Contohnya begini, katakan puan telah menyimpan sebanyak 10 botol di bahagian beku. Setiap hari puan berjaya mengumpul 4 botol susu semasa bekerja. Apabila pulang ke rumah, simpan 3 dari susu perahan baru itu di bahagian sejuk (bawah peti ais) untuk kegunaan esok hari dan satu botol lagi ke dalam bahagian beku sebagai simpanan jangka panjang. Sebagai ganti, keluarkan susu yang bertarikh paling lama dari bahagian beku ke bahagian bawah peti ais untuk dicairkan untuk kegunaan esok hari. Oleh itu sebagai bekalan esok haro, anak puan akan menikmati 3 botol susu segar dan hanya satu botol dair koleksi yang agak lama, namun ianya masih cukup berkhasiat. Dengan cara ini, puan dapat mengekalkan khasiat dan kandungan antioksidant di dalam bekalan susu kepada anak puan.

Diharap kaedah ini dapat dicuba dan memberi manfaat kepada puan dan anak puan serta ibu-ibu bekerja yang lain.

Sunday, April 6, 2008

Nokia N Series (N73)

Akhirnya ia menjadi milikku...thanx ayang :D

Photobucket

Lilypie - Personal pictureLilypie Angel and Memorial tickers Lilypie 5th Birthday PicLilypie 5th Birthday Ticker Lilypie 1st Birthday PicLilypie 1st Birthday Ticker Lilypie - Personal pictureLilypie Angel and Memorial tickers